I almost forgot how to blog here... Haha!
Ada sesuatu yang harus di blog kan. Sesuatu yang mungkin mungkin tak patut saya share di media sosial yang lain sebab takut disalah-erti kan. Di sini mungkin lebih selamat, sebab tak ramai followers. :)
Hari ini, kami suami isteri cuti!!! Yeay!!! Unfortunately both of us are down with fever, sore throat and cough. Demam tu come and go. Kejap ada kejap tak ada mcm iklan chipsmore yang dah expired... Heheh...
Saya ke sini bukan nak cerita pasal demam. Saya nak cerita pasal pengalaman petang tadi...
Ada sesuatu berlaku di AEON AU2A (dulu dikenali sebagai JUSCO, atau Gen X lebih familiar dengan Jaya Jusco :P ). Semasa kami parked kereta kesayangan kami, yang namanya ParadiseViolet elok-elok di basement parking, tiba-tiba ada seorang perempuan ni memanggil saya,
Perempuan: Boleh tak panggilkan abang tengokkan kereta saya yang rosak ni (sambil tunjuk kat suami saya)
Violet: Dia pun tak berapa tau sangat bab-bab kereta ni, tapi cuba lah abang...
Abang: (Mula ambil kunci dan cuba start engine but failed) Mungkin battery kong ni
Violet: Jom laa, kitorang hantar balik rumah.
Dipendekkan cerita, kami offered hantar dia balik ke rumah dia sebab kesian tengok dia bawak baby yang masih sangat kecil dan seorang lagi anak perempuan yang berumur 3 tahun, katanya. Lagipun kami tak ada peralatan dan kepakaran untuk tolong repair kereta dia. Daripada lebih rosakkan kereta orang, baik kami bantu cara yang paling baik iaitu memastikan dia dan anak-anaknya selamat sampai di rumah mereka. Kebetulan handphone dia pun tak boleh nak hubungi sesiapa.
On the way hantar ke rumah mereka, bermulalah perkenalan mesra:
***
Perempuan: Nama siapa ya?
Violet: Edward, Edward Cullen (sambil tunjuk ke arah suami saya).
Perempuan: Yang isterinya pulak?
Violet: Panggil saja Bella...
(Perempuan tu dah berkerut, hairan)Abang: Mu duduk alik mano? (tetiba kecek kelate, kata Edward konon...)
Hahahahahahahaha!!!!!!
***
OK OK... Yang dalam column *** saya bergurau sahaja. Takkan lah saya nak mengaku diri kami ni mat saleh. Dah tentu-tentu suka makan sambal tumis udang. Hahahaha... Kami beritahu nama kami yang sebenar. Barulah kami tahu perempuan itu tadi baru lepas habis pantang. Dia cuma teringin nak bawak anak-anaknya pergi makan kat luar. Dia fikir AEON AU2A lah yang paling convenient to walk with a baby and a toddler. Tak di sangka-sangka kereta boleh rosak pulak... Kebetulan handphone dia pun tak boleh pakai. Kesian sangat kat dia...
Kenangan dan pengalaman yang amat berharga dalam minggu terakhir 2014.
Semoga pangalaman ini bermanfaat untuk kita semua...