Greetings!

As-Salam and Hallo friends...

For many people the act of expressing themselves in writing helps clarify what they’re feeling and puts those feelings in perspective. I am one of them...

Thank you for stopping by... You're always welcome here. Hope to see you again.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Inspiration. Show all posts
Showing posts with label Inspiration. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Role model

Recently I was told by my uncle that my former boss has just been appointed the CEO of ECM Libra.  Lately I have been busy to even sit down and grab a newspaper to read.  (bukan suka baca newspaper pun memandangkan malas nak tau sad and sob stories happened around us)...  Tapi bagus baca newspaper ni, banyak knowledge kita boleh dapat....

So terus googled to know more, I found this reliable link: 
Yup... Confirm! ECM Libra Financial Group Bhd has appointed my former boss its new chief executive officer.  Alhamdulillah... I am so happy for her and proud that I had the chance to work very closely with her.  She was my role model at the time. In fact she will always be my role model although we're not working together anymore because she is everything a role model should be...  As a woman, she's pretty and kind.  As a mom, she's loving and as a boss, she's understanding...

She was very generous to all of us including me... Alhamdulillah.  It started with giving me beautiful handbags, although they were not totally new but they were still gorgeous and stylish! For a secretary like me at the time, I could not afford to buy such handbags on my own...  She has never failed to give me pressies during my birthday and took me out for lunch... Pegi mana2 mesti belikan souvenirs... Every year bagi duit raya...  She has never scolded me when I made mistakes...  Despite her kindness and generosity, she remains simple and very down to earth...

When I wanted to build up myself with a better career, I took her advice.  I had to choose my future career path either to be a personal assistant or corporate communication executive.  Her advice was to have a career goal is to really look as far ahead as possible and visualize which would be a best-fit career path for me...  And so I did... Here I am, in the corporate communication field and I am happy at where I am now...  Alhamdulillah... Thank you boss for being such a great inspiration to me and my fellow colleagues... 




Until now I keep a picture of us at my workstation.  This picture was snapped at her fond farewell tea.  Whenever I see this picture, it reminds me of the good memories and wonderful experience we shared...


"If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader." -  John Quincy Adams




Friday, August 10, 2012

Doa untuk suami...

 
    Dengan nama Allah yang maha Pemurah 
lagi maha Mengasihani
 
 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
 
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
 
Sekiranya………..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
 
Tetapi, Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala dugaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
 
Semoga kita menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...
Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...
 
 
 

Thursday, August 2, 2012

Susah? tengok yg lg susah...

Wifey: Hurm... tak tau nak berbuka dgn apa... Most of my friends siap boleh request their moms to cook their favourite dishes.{tension sebab nak masak tak sempat, balik lambat, by the time sampai umah dah close to 7pm}.

Hubby: Since your mom doesn't cook your favourite food, you la masak for your mom.

Wifey: Tapi org lain tu dapat makan mak diorang masakkan diorang punya favourite food.  Macam you kan anak kesayangan your mom, Ma slalu masak mcm2 utk you.

Hubby: Cuba you tengok kat luar tu {sambil tunjuk pejalan kaki yang berpeluh2}, entah dia dapat berbuka puasa macam kita ke tidak... Terpaksa jalan jauh2...

Wifey: {ye tak ye, kita ni siap ade aircond dlm kereta kot, confirm almost insaf} tapi mcm mana plak dgn those yang dapat apa dia nak makan tu... {still thought that they are just so lucky}...

Hubby: Hidup ni, bila kite susah kita kena tengok org yang lebih susah dari kita tapi bila kita senang, kita kena tengok pula orang yang lebih senang dari kita...

Wifey: Hurmmm... {betul jugak ye}... 

This conversation happened on our way to Pasar Ramadhan.  I was not in the mood, I guess it's just a sign of PMS... Maybe la... Takkan kot, lambat lagi la nak PMS... Saje je, ade je nak bebal kan... Pasal food pun, bley nak kecoh... Alhamdulillah my Paradise was there to make me realize that yes, I should not have complained but be more grateful instead... 

Sunday, May 20, 2012

Kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan Pengemis Yahudi.


I am posting this kisah again cos I accidentally deleted it the other day.  Sometimes I will revisit the selected blogs I have posted here especially those which could be a reminder to myself, that could teach me to be a better person each day... Sorry Comel, terdelete your comment as well.  Seriously tak sengaja... :(



“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah.

Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia. “Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.


Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
  

Kenapa kisah ni? sebab setiap kali kalau ada yang terasa hati atau tersentap dengan tohmahan, umpatan, cacian or sewaktu dengannya, kita boleh jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.  Kita tak payahlah caci maki balik pada orang tu, malah sebaliknya, kita cuba perbaiki kelemahan yang kita ada dan terus berbuat baik dengan mereka... Maybe it's easier said than done but it's worth to try... Insya-Allah. 


Shared from harmoni-my.org.