Greetings!

As-Salam and Hallo friends...

For many people the act of expressing themselves in writing helps clarify what they’re feeling and puts those feelings in perspective. I am one of them...

Thank you for stopping by... You're always welcome here. Hope to see you again.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 15, 2011

Layan Cinta Elysa

Before I begin, I'm so in the mood of listening to this beautiful L O V E song.  Terasa mcm feeling2 semacam biler dengar lagu ni.  I hope it's not too much to be honest here, jarang2 berlaku untuk I suka lagu melayu.  Tapi kalau suka, mmg sukalah sgt2.  Tak boring pun dengar berkali-kali.  Spider memang rawks!!!



KITA SATU
Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Tersangatlah puitis liriknya kan... Layan habis... Teheheheee... Jarang2 berlaku Si Violet nak berjiwang2 ni...  Maklumlah, I like to stay on the low... : )

This is one of the songs I heard in the Cinta Elysa series.  I have never been a fan of Fasha Sandha.  To be honest, sangat2 lah tak suka dulu.  Tak suka lakonan dia, tak suka suara dia yang nyaring and so on...  Bila first time I watched Johan As’ari aka Botak acted in Juvana, (tak follow pun, tertengok je) xde pape pun yg menarik...  Until tertengok Johan As'ari berlakon as Aril in Cinta Elysa... then only nampak his WOW factor... Nampak kuat betul chemistry between Johan As'ari dengan Fasha Sanda.  Hate to admit, I am still not a  fan of Fasha Sanda though, but I puji kesungguhan dia dengan her salon.  I went to her salon twice, and I was pretty happy with overall service. Well that besides the point.

Anyway, yang best tu, character si Aril tu... Memang wujud orang macam tu dalam realiti.  Kalau dah suka cakap lah suka, tapi ego tak tentu masa... Boleh buat pantun 2 kerat... Satu je tak best banyak jugak si Aril ni menjerit... Character dia bawak would be even better if he stops screaming and stay cool...Tehehehe...   Hurmmm.... Layan je la synopsis ni:
Drama 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ni diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Di terajui barisan pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila. Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.
Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.
Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.
Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu. 
Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.
Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini? 
- Kredit malaysiandigest.com
Tak sabar nak tau apa jadi seterusnya... Lepas ni I will be vegging out in front of the TV every Tuesday night..  Alaaa... lagi 3 episod je kot...