Greetings!

As-Salam and Hallo friends...

For many people the act of expressing themselves in writing helps clarify what they’re feeling and puts those feelings in perspective. I am one of them...

Thank you for stopping by... You're always welcome here. Hope to see you again.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 3, 2012

Cooking Nasi Lemak for the 1st Time

I am so excited! I have never cooked Nasi Lemak before this cos my mom always cook the yummiest nasi lemak ever... Tapi entah kenapa, semalam tiba2 rasa macam nak cuba masak nasi lemak.  It's not that tough because I have used to masak sambal tumis and rebus telur... Just nasi lemak tu yang first time. So, here's the result:


Tadaaa... Inilah hasil nasi lemak itew untuk 4 org makan...  Resipinya senang sahaja:

  • 2 1/2 cawan beras
  • Segulung daun pandan
  • Halia (dihiris 3)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
{Masak nasi macam biasa, 2 1/2 beras dicampurkan dengan 1 1/2 cawan santan dan 1 1/2 air, daun pandan, halia, dan garam}.

Nasi Lemak kenalah ada family dia, nanti lonely plak kan... Jadi tak sedap.  Sedangkan manusia pun dijadikan berpasang-pasangan.  ;)

So, here's the family:


Pada mulanya nak buat sayur kangkung skali.  Tapi kat rumah ni tak ramai peminat sayur.  So, just buat sambal tumis udang and sambal tumis kosong untuk bibik (yang dipinjamkan every weekend oleh my Aunty) yang tak makan udang.

Here's the recipe:
  • Timun - potong bulat2
  • Telur rebus
  • Sambal tumis udang:
    • 4 ulas bawang merah, 2 bawang putih (tumbuk)
    • 1 ulas bawang besar (dihiris)
    • Cili boh 
    • asam jawa
    • sos tiram 
    • sos tomato
    • gula
    • garam
    • and of course udang
  1. Tumis bawang besar yang telah dihiris, masukkan bawang yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan cili boh
  3. Masukkan pula asam jawa
  4. Masukkan sikit air dan kacau
  5. Pastu masuk udang
  6. Ini memang recipe sendiri, selalu suka masukkan sos tiram and sos tomato kacau lagi. (value added)
  7. Last skali masukkan garam dan gula and kacau sampai masak.
  •  Sambal tumis:
    • 2 ulas bawang merah, 1 bawang putih (tumbuk)
    • 1/2 ulas bawang besar (dihiris)
    • Cili boh 
    • asam jawa
    • sos tiram 
    • sos tomato
    • gula
    • garam
    • sedikit ikan bilis
  1. Tumis bawang besar yang telah dihiris, kali ni lain sikit, masukkan bawang dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan cili boh
  3. Masukkan pula asam jawa
  4. Masukkan sikit air dan kacau
  5. Sama macam sambal udang, masukkan sos tiram and sos tomato kacau lagi.
  6. And finally masukkan garam dan gula and kacau sampai masak.
Lastly, goreng ikan bilis garing2, boleh makan dengan sambal tumis kosong tadi.. Voilla~ Siap!

Masa untuk lunch...  Jom!  :)

    No comments: