Dah lama sangat teringin nak naik Cameron Highlands ni... Both of us kalau nak escape dari KL City, asyik2 pegi pantai. So kali ni kitorang tukar angin pulak, pegi tempat yang lagi banyak angin2 sejuk ya... Dah lama sebenarnya ada hajat di hati nak naik bukit Cameron ni. Ialah, the last time saya jejak Cameron was like 20 over years ago. Bila nampak ada good offer di livingsocial at http://www.livingsocial.com/malaysia, saya pun terus telefon hubby dengan kadar segera unutk tanya pendapat dia. Dia pun bagi green light apa lagi, terus aje purchased online.
The deal was for 2D1N + Steamboat Dinner for 2 at Heritage Hotel. Guess what? It costs us RM238 only. The published rate for 1 night stay at Deluxe room {the room that we got for 1 night} online is RM545. Beza RM300 lebih tu, dapat steamboat dinner lagi... Happy sigh~
Here's how the hotel looks like:
taken from heritage hotel website |
Heritage Hotel is a boutique hotel yang terletak di atas bukit, di Tanah Rata. Cantik, simple, besar dan ada sentuhan English deco. Kitorang bertolak dari KL jam 1230pm sebab menurut internet, kita boleh sampai dalam masa 2-3 jam. Unfortunately it was not really accurate. Memandangkan kami nak play safe, kami ikut jalan exit dari Simpang Pulai. Sebab according to my friend jalan ni lebih selamat and relax sebab kurang selekoh tajam berbanding dengan jalan exit dari Tapah . She was right, memang selamat and relax tapi lebih jauh dan sesak. Kami mengambil masa selama 5 jam lebih untuk sampai ke Heritage Hotel. Pengajarannya: Sila keluar awal pagi untuk ke Cameron Highlands, kurang sesak dan boleh jalan2 sebelum check-in.
Bila masuk je hotel ni, dekat corridor, ada bau carpet lembab. Sabar je la... Tapi as soon as masuk bilik, rasa puas hati sangat. Sebab bilik yang kami dapat sangat spacious dan selesa. Lebih luas dari hotel2 yang kami pernah menginap sebelum ni... Semuanya lengkap. Bathroom pun luas, siap ada bath tub lagi...Malam pun tidur lena tapi hubby pulak tak boleh tidur dia kata, macam ada rasa sesuatu... Sesuatu?.. Jeng jeng jeng... Nasib baik saya ambil wudhu' sebelum tidur... Alhamdulillah tak ada lah rasa ada "sesuatu"... Pengajarannya: Kita kena selalu amalkan berwudhu' sebelum tidur terutama bila kita hendak tidur di tempat yang kita belum pernah tidur sebelum ini...
Selalunya kalau pergi bercuti di tanah tinggi, a must-do is makan steamboat. Memang best sangat dapat makan steamboat dalam cuaca yang sejuk. Nak2 pulak malam tu, hujan gerimis... Sayur2 untuk steamboat tu sangat hijau dan fresh.. Dapat pulak sup and tomyam... Juz what we needed at the last weekend before Ramadan... Alhamdulillah... Disebabkan hubby letih driving dalam jam yang sgt teruk nak masuk Tanah Rata, rancangan untuk kami lepak Starbucks kat Tanah Rata town terbantut... Tak ape lah Starbucks kat KL pun byk... Huhuhu...
Aktiviti malam kami, jalan2 dalam hotel. Hotel ni ada small garden, cantik sangat dengan pokok2 kecil, fish pond, water fountain, lillies... Tenang je bila tengok garden kat Heritage ni...
The best time at Cameron was in the morning. Right between dawn and sunrise. Masatu rasa very calm and relaxing... Lepas solat Subuh, I took "me time" sekejap sambil duduk kat balcony... A time when I could reconnect with myself alone without anyone with me... Shhh... Boleh dengar bunyi burung-burung menyanyi, merdu sangat... Soothing! Music macam ni lah baru tenang dengar di waktu pagi... Rasa otak kosong, hati berbunga2...
Pastu kami pergi coffee house untuk breakfast date. Makanan dia biasa2 je, tak berapa nak sedap macam hotel lain. Soft roll bread masam... Takut expired je... Tapi ramai betul tourists dari pelusuk benua, thai ada, mat saleh ada, arabs pun ada, japanese pun ada jugak... Yeay, dapat makan kat my favourite place to dine - at the deck of the coffee house. I love morning sun... It's beautiful....
Inilah Heritage garden yang cantik. Felt very calm bila jalan2 di taman ni, nak2 pulak bila bersama orang yang tersayang...
For more info of the heritage hotel: http://www.heritage.com.my
Motif utama untuk pegi Cameron ialah nak petik daun teh kat BOH plantation. My friend recommended sungguh-sungguh untuk naik ke BOH plantation ni. So aktivi pertama ialah pergi check out BOH plantation. But... lagi 2 kilometres away nak sampai ke puncak, my hubby gave up... Jarak perjalanan dari luar ke dalam kawasan tea plantation tu was about 6 kilometres, lepas tu kena naik lagi, banyak sangat selekoh tajam. Bila lagi 2 kilometres to reach the destiny, jalan semakin sempit, cuma satu kereta je boleh muat. Tapi jalan tu sebenarnya 2-way. Bayangkanlah betapa ngerinya... Hubby pulak gayat... Kesian tengok dia, muka dah cuak je... Saya pun tak berani nak drive tengok jalan berliku2, bersimpang-siur, ngeri aa macam tu. So kami terus berpatah balik pergi Cameron Bharat Tea Plantation yang betul2 tepi jalan je... :) Pengajaran: kalau gayat nak drive jalan narrow dan tajam macam tu, kita naik je teksi lain kali...
Ni super MUST-do at Cameron Highlands... Sesi petik strawberries dari pokok... OMGal, kat sini I went so crazy and excited, ada banyak strawberries. Kitorang pegi yang dekat Healthy Strawberry Farm. Bayar RM25 sekotak, dan bolehlah petik sampai lebam... Tapi saya rasa strawberries kat Cameron sangat masam berbanding strawberries kat Bandung. Di Bandung tak banyak strawberries, tapi warnanya lebih pink dan manis. Haruslah cuba Strawberry Sundae, yang ada fresh strawberries at the bottom, vanilla, strawberry and chocolate ice cream at the top, pastu ada chocolate syrup added. Phoohh! Nanges kalau tak try... Memang power! Ice cream ni RM5 je tau boleh share 3 orang lagi... Tapi kami tamak, kami share berdua sahaja... ;P
Destinasi seterusnya, we stopped by at the Agro Park... Saja usha macam mana diorang tanam sayur secara organic. Hijau dan besar betul sayur2 ni.... Inilah baru sedap mata memandang... Kat KL, asyik tengok kereta dan kepala orang je, apa kelass... Hehehe...
Bila nak membeli-belah, bolehlah pegi Kea Farm atau pasar tani untuk beli sayur-sayuran dan roses. Sayur-sayuran, kami dapat beli semurah RM10 untuk 5 set. Boleh pilih yang mana kita suka. Roses pulak RM10 untuk 3 gulung... Ape lagi, shopping la.... Takkan nak lepaskan peluang untuk beli fresh stuff... Hujan lebat sangat di Kea farm, kami tak dapat meneruskan perjalanan ke Roses Center. :( . Maybe next time...
Yang tak best about Cameron was the weather waktu tengahari tak sesejuk dulu. It was quite warm.
Tiap2 hari jalan sangat jam {bumper to bumper} sama ada dari Brinchang ke Tanah Rata or the other way around. Orang situ kata every weekend memang jam. Pengajaran: kalau boleh, avoid pegi Cameron during weekends.
Semua public toilet SANGAT kotor. Sila bawa tissue and wet wipes lebih, sebab di sana semua toilets tak ada tissue. And I was disappointed, walaupun toilet kotor, tak ade tissue, kita kena bayar 30 sen untuk masuk toilet... I wish they can improve the toilet facility.
Lastly, Hotel assistants, peniaga2 kedai dan penduduk2 kat Cameron Highlands yang kami jumpa, semuanya tak friendly... Senyum pun susah. Bayangkan buat omelette kat coffee house, biar je kt dlm pan. So guests kena ambil sendiri. Crap... :(
Perjalanan pulang dari Cameron ke rumah mengambil masa lebih kurang 7 jam... Pheww... Letih gila... Balik2 aje terus kena sore throat, demam, cough dan flue... Doctor pun bagilah MC 2 hari dan ubat... Itu yang sambil rest sambil blogging. :)
Till we meet again... Have a great week ahead...
No comments:
Post a Comment