Greetings!

As-Salam and Hallo friends...

For many people the act of expressing themselves in writing helps clarify what they’re feeling and puts those feelings in perspective. I am one of them...

Thank you for stopping by... You're always welcome here. Hope to see you again.


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan 1433H

Cepat betul kan masa berlalu, Ramadhan tahun ni pun dah masuk hari kesepuluh.  Terasa semalam hari  yang productive.  At 10-ish am we took my little brother out to find his baju melayu pulak.  Memandangkan dia pun baru start bekerja, saya berniat nak belikan dia baju melayu untuk raya since dia pun tak sempat hantar tailor.  I remember those days when he was growing up, we fought a lot.  Siap wrestling lagi... Dulu memang I had a very low tolerance level.  Ialah masa tu masa kegelapan belum nampak cahaya lagi...  Rasa sedih kalau ingat balik.  Macam2 drama... How I wish I could turn back time so I could do things differently....  So it's time to make it up to him... Slowly lah... 

At first nak bawak dia ke Wisma Yakin.  Tapi on the way there, dia dah jumpa the colour that he wants at Jakel.  Ada pulak fitting room kat situ, so dapatlah dia pilih size that fits him. The price pun reasonable.  It's RM125, dapat free sampin and butang baju melayu lagi.  Memang rezeki dia... Bila dah bayar, dia pun tersenyum simpul, nampak happy je... I feel so good to see him smiling in such way.  Dia tak banyak cakap, selalu diam je... Tak tau apa yang ada dalam fikiran or hati dia... But saya doakan semoga dia menjadi insan yang diberkati Allah dan anak yang soleh... Ameen... Oh ye, kali ni we parked our car at Cap Square, RM2 je... :D

something borrowed
Petang semalam pula, saya buat brownies. Ini semua angkara colleague yang saya temankan ke Cold Storage untuk beli bahan2 untuk dia buat brownies.  Last2 saya pulak yang terjebak.  Tapi thanks to her... Sebab I had so much fun baking brownies.  This is my first attempt at baking brownies, and to my surprise it was a success! Alhamdulillah.  Bila bawa ke rumah arwah nenek for our weekly family gathering, my Uncle siap cakap nak order lagi... Hehehe... Rasa tak sabar, nak buat lagi lah!

Bulan Ramadhan ni bulan untuk kita beribadat dan mensucikan hati... Jom kita beramai2 saling bermaafan dan lupakanlah sengketa lama {macam lirik lagu pulak}... But betul... Kita boleh beribadat dengan macam2 cara.  Paling mudah nak buat kita berzikir on the way driving to work.  We can reduce our negative thoughts about people that we find annoying or irritating by diverting the thoughts into reading more valuable ilmiah books.  I started with reading "Formula Solat Sempurna" by Zaharuddin Abd. Rahman.  At least it will help me to improve my solat. Insya-Allah... It's time to do a lot of thinking and a lot of praying...

It's a good book which has lots of pictures and clear explanation.  You can find it at any bookstores.  I bought it at one of the bookstores in Carrefour, Wangsa Maju. 

Selamat menjalani ibadah berpuasa dan beribadat lah secara istiqamah... Ibarat menabung. sikit-sikit lama-lama jadi bukit...








Monday, July 23, 2012

3 Ramadhan 1433H

Ramadhan ni memang membawa harapan.  Today is the 3rd day of Ramadhan. I think everybody wants to be a better person especially in this blessing month of Ramadhan. Saya juga tidak ketinggalan ingin sekali belajar untuk menikmati ibadah puasa di bulan yang penuh berkat dan rahmat ini.

Pagi tadi, sambil bersiap nak pegi kerja, seperti pagi2 di bulan lain, dengar "Tanyalah Ustaz" di TV9.  Dengarlah sebab tengah bersiap, macam mana plak nak tengok TV, ye tak? Ada yang bertanya adakah kita menjadi hamba kepada Ramadhan sahaja kerana kita hanya beribadat di bulan Ramadhan sahaja tetapi bulan lain kita tidak teruskan.  Ustaz Dato' Hassan Din pun jawab, pahala untuk semua ibadat di bulan Ramadhan digandakan oleh Allah SWT, oleh kerana itulah ramai manusia berpusu-pusu nak merebut pahala tu.  Tapi beliau menggalakkan agar ibadah itu berterusan especially all throughout Ramadhan...  Sekurang2nya diorang tetap beribadat kerana Allah, tak kiralah bulan apa pun.  Bulan Ramadhan kan bulan keberkatan, teruskan encouragement je yaw...

Saya pula tak dapat merasai kenikmatan hari-hari pertama Ramadhan sebab hurm.. sebab saya perempuan.  Saya cuti... Rase sedih jugak tak dapat nak ikut suami pegi Solat Tarrawikh pada malam pertama.  Tapi saya adalah cuba masakkan lauk yang suami minta untuk dia berbuka puasa. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan masak every weekend.  Kalau tak dapat yg banyak, satu dish pun jadilah...

The first weekend of Ramadhan, we already went to Semua House and Wisma Yakin to find my hubby's baju raya. Selalunya hantar tempah di Kampung Bharu tapi tahun ni tak sempat.  Sebelum berebut dengan orang lain, baiklah pegi awal2 senang sket nak cari size and warna yang kami nak.  So we reached there at 12-ish pm.  True enough there was a few people only walked around Semua House and there was ample parking space.  Yeay, we parked at Plaza City One right next to Semua House for only RM4 per entree!!!  According to my hubby, there were limited choices at Semua House.   The one that he tried on has very poor workmanship. 

gambar hiasan
Then, we walked to Wisma Yakin, which is famous of their baju melayu.  Finally we managed to find the colour that we wanted, comes with good type of fabric and the size that fits my hubby the best.  The price was quite reasonable too, it was less than RM160.  Because he was so happy and good to me, I bought him a pair of selipar capal.  Sejak kami berkahwin, dia tak pernah pakai selipar capal masa raya.  So why not tahun ni, dia pakai capal, kan lebih complete.... Moreover memakai capal kan salah satu sunnah kecil Rasulullah.  Istiqamah... :)

Hari Sabtu, hari pertama kami iftaar di rumah keluarga mertua saya.  Saya pun bawalah black pepper beef yang saya masak.  I was lucky that hubby was willing to help at the kitchen.  Potong bawang, sayur2 and daging, then washed up.  Alhamdulillah... My mother-in-law buat nasi kerabu, original Kelantan punya...  Hari kedua, kami iftaar di rumah arwah nenek saya.  Pertama kalinya arwah nenek tak ada iftaar sama.  Memanglah rasa kosong, macam tak lengkap... Missing both Tok and Tah.  Al-Fatihah... Tak apelah, semoga Allah memberi rahmat ke atas kedua2 roh Arwah Tok dan Tah. Ameen...

Ada anak buah dan sepupu yang masih kecil dah mula cuba berpuasa.  Tapi bila tanya solat, mereka buat blur2 je... Bukankah solat yang patut diutamakan dulu...  Solat kan tiang agama... My lil boys and gals {yg belum cukup umur ye :) }, lengkapkan solat 5 waktu dulu, bila dapat puasa penuh tu BONUS... Insya-Allah...




Thursday, July 19, 2012

Short weekend getaway : Cameron Highlands

Dah lama sangat teringin nak naik Cameron Highlands ni... Both of us kalau nak escape dari KL City, asyik2 pegi pantai. So kali ni kitorang tukar angin pulak, pegi tempat yang lagi banyak angin2 sejuk ya...  Dah lama sebenarnya ada hajat di hati nak naik bukit Cameron ni.  Ialah, the last time saya jejak Cameron was like 20 over years ago.  Bila nampak ada good offer di livingsocial at http://www.livingsocial.com/malaysia, saya pun terus telefon hubby dengan kadar segera unutk tanya pendapat dia.  Dia pun bagi green light apa lagi, terus aje purchased online.  

The deal was for 2D1N + Steamboat Dinner for 2 at Heritage Hotel. Guess what? It costs us RM238 only.  The published rate for 1 night stay at Deluxe room {the room that we got for 1 night} online is RM545. Beza RM300 lebih tu, dapat steamboat dinner lagi... Happy sigh~

Here's how the hotel looks like:

taken from heritage hotel website
Heritage Hotel is a boutique hotel yang terletak di atas bukit, di Tanah Rata.  Cantik, simple, besar dan ada sentuhan English deco.  Kitorang bertolak dari KL jam 1230pm sebab menurut internet, kita boleh sampai dalam masa 2-3 jam.  Unfortunately it was not really accurate.  Memandangkan kami nak play safe, kami ikut jalan exit dari Simpang Pulai.  Sebab according to my friend jalan ni lebih selamat and relax sebab kurang selekoh tajam berbanding dengan jalan exit dari Tapah . She was right, memang selamat and relax tapi lebih jauh dan sesak.  Kami mengambil masa selama 5 jam lebih untuk sampai ke Heritage Hotel. Pengajarannya: Sila keluar awal pagi untuk ke Cameron Highlands, kurang sesak dan boleh jalan2 sebelum check-in.

Bila masuk je hotel ni, dekat corridor, ada bau carpet lembab.  Sabar je la... Tapi as soon as masuk bilik, rasa puas hati sangat.  Sebab bilik yang kami dapat sangat spacious dan selesa.  Lebih luas dari hotel2 yang kami pernah menginap sebelum ni... Semuanya lengkap. Bathroom pun luas, siap ada bath tub lagi...Malam pun tidur lena tapi hubby pulak tak boleh tidur dia kata, macam ada rasa sesuatu... Sesuatu?.. Jeng jeng jeng... Nasib baik saya ambil wudhu' sebelum tidur... Alhamdulillah tak ada lah rasa ada "sesuatu"... Pengajarannya: Kita kena selalu amalkan berwudhu' sebelum tidur terutama bila kita hendak tidur di tempat yang kita belum pernah tidur sebelum ini...

Selalunya kalau pergi bercuti di tanah tinggi, a must-do is makan steamboat.  Memang best sangat dapat makan steamboat dalam cuaca yang sejuk.  Nak2 pulak malam tu, hujan gerimis... Sayur2 untuk steamboat tu sangat hijau dan fresh..  Dapat pulak sup and tomyam... Juz what we needed at the last weekend before Ramadan... Alhamdulillah...  Disebabkan hubby letih driving dalam jam yang sgt teruk nak masuk Tanah Rata, rancangan untuk kami lepak Starbucks kat Tanah Rata town terbantut... Tak ape lah Starbucks kat KL pun byk... Huhuhu...

Aktiviti malam kami, jalan2 dalam hotel.  Hotel ni ada small garden, cantik sangat dengan pokok2 kecil, fish pond, water fountain, lillies... Tenang je bila tengok garden kat Heritage ni... 

The best time at Cameron was in the morning.   Right between dawn and sunrise.  Masatu rasa very calm and relaxing... Lepas solat Subuh, I took "me time" sekejap sambil duduk kat balcony... A time when I could reconnect with myself alone without anyone with me... Shhh... Boleh dengar bunyi burung-burung menyanyi, merdu sangat... Soothing! Music macam ni lah baru tenang dengar di waktu pagi... Rasa otak kosong, hati berbunga2... 

Pastu kami pergi coffee house untuk breakfast date.  Makanan dia biasa2 je, tak berapa nak sedap macam hotel lain.  Soft roll bread masam... Takut expired je... Tapi ramai betul tourists dari pelusuk benua, thai ada, mat saleh ada, arabs pun ada, japanese pun ada jugak... Yeay, dapat makan kat my favourite place to dine - at the deck of the coffee house. I love morning sun... It's beautiful....

 Inilah Heritage garden yang cantik. Felt very calm bila jalan2 di taman ni, nak2 pulak bila bersama orang yang tersayang... 

For more info of the heritage hotel: http://www.heritage.com.my


Motif utama untuk pegi Cameron ialah nak petik daun teh kat BOH plantation.  My friend recommended sungguh-sungguh untuk naik ke BOH plantation ni.  So aktivi pertama ialah pergi check out BOH plantation.  But... lagi 2 kilometres away nak sampai ke puncak, my hubby gave up... Jarak perjalanan dari luar ke dalam kawasan tea plantation tu was about 6 kilometres, lepas tu kena naik lagi, banyak sangat selekoh tajam.  Bila lagi 2 kilometres to reach the destiny, jalan semakin sempit, cuma satu kereta je boleh muat.  Tapi jalan tu sebenarnya 2-way.  Bayangkanlah betapa ngerinya...  Hubby pulak gayat... Kesian tengok dia, muka dah cuak je...  Saya pun tak berani nak drive tengok jalan berliku2, bersimpang-siur, ngeri aa macam tu.  So kami terus berpatah balik pergi Cameron Bharat Tea Plantation yang betul2 tepi jalan je... :)  Pengajaran: kalau gayat nak drive jalan narrow dan tajam macam tu, kita naik je teksi lain kali...

Ni super MUST-do at Cameron Highlands... Sesi petik strawberries dari pokok... OMGal, kat sini I went so crazy and excited, ada banyak strawberries.  Kitorang pegi yang dekat Healthy Strawberry Farm.  Bayar RM25 sekotak, dan bolehlah petik sampai lebam... Tapi saya rasa strawberries kat Cameron sangat masam berbanding strawberries kat Bandung.  Di Bandung tak banyak strawberries, tapi warnanya lebih pink dan manis.  Haruslah cuba Strawberry Sundae, yang ada fresh strawberries at the bottom, vanilla, strawberry and chocolate ice cream at the top, pastu ada chocolate syrup added.  Phoohh! Nanges kalau tak try... Memang power!  Ice cream ni RM5 je tau boleh share 3 orang lagi... Tapi kami tamak, kami share berdua sahaja... ;P

Destinasi seterusnya, we stopped by at the Agro Park... Saja usha macam mana diorang tanam sayur secara organic.  Hijau dan besar betul sayur2 ni.... Inilah baru sedap mata memandang... Kat KL, asyik tengok kereta dan kepala orang je, apa kelass... Hehehe...

Bila nak membeli-belah, bolehlah pegi Kea Farm atau pasar tani untuk beli sayur-sayuran dan roses.  Sayur-sayuran, kami dapat beli semurah RM10 untuk 5 set.  Boleh pilih yang mana kita suka.  Roses pulak RM10 untuk 3 gulung... Ape lagi, shopping la.... Takkan nak lepaskan peluang untuk beli fresh stuff...  Hujan lebat sangat di Kea farm, kami tak dapat meneruskan perjalanan ke Roses Center.  :( . Maybe next time... 

Yang tak best about Cameron was the weather waktu tengahari tak sesejuk dulu.  It was quite warm. 

Tiap2 hari jalan sangat jam {bumper to bumper} sama ada dari Brinchang ke Tanah Rata or the other way around.  Orang situ kata every weekend memang jam.  Pengajaran: kalau boleh, avoid pegi Cameron during weekends.

Semua public toilet SANGAT kotor.  Sila bawa tissue and wet wipes lebih, sebab di sana semua toilets tak ada tissue.  And I was disappointed,  walaupun toilet kotor, tak ade tissue, kita kena bayar 30 sen untuk masuk toilet... I wish they can improve the toilet facility.  

Lastly, Hotel assistants, peniaga2 kedai dan penduduk2 kat Cameron Highlands yang kami jumpa, semuanya tak friendly... Senyum pun susah.  Bayangkan buat omelette kat coffee house, biar je kt dlm pan.  So guests kena ambil sendiri. Crap... :(

Perjalanan pulang dari Cameron ke rumah mengambil masa lebih kurang 7 jam... Pheww... Letih gila... Balik2 aje terus kena sore throat, demam, cough dan flue... Doctor pun bagilah MC 2 hari dan ubat... Itu yang sambil rest sambil blogging. :)

Till we meet again... Have a great week ahead... 





Tuesday, July 17, 2012

the Launch of "Violet the dreamer page" Now!

I recently opened a page at facebook.  I'm not calling it a "fan page" cause I am NOT a celebrity and honestly I don't intend to be one.  I am just a simple person who likes to write and share with those who care... If you do not care pun takpe... U can always drop by here, feel free to visit... I would think this page as a page where I can get in touch with those who read my blog rather than syok sendiri writing to myself only. 

My page is called "Violet the dreamer".  I am a "dreamer", I daydream a lot.  I also have a lot of dreams that I have not achieved yet... Bear with me people, I memang kuat berangan dari kecik hinggalah dah remaja tua ni... 

For those who have liked my page, keep in touch.  Sayang you all.  Can't thank you enough for your support!  Maybe someday we'll touch base,  and do something together.  Maybe kita boleh share our thoughts and experience of some of the things that are valuable to our lives.  I will definitely share some of the tips and knowledge that I have gained generally about life and love with my dear blog readers... Whooo... Or maybe we can have a mini tea party... Or perhaps we can organise a short inspirational training which will benefit each other.  Or kita boleh pegi holiday sama2...  There I go again, berangan lagik...  Hik hik hik...  Siapa kuat berangan, jom aa kita berangan sama2 kat http://www.facebook.com/VioletTheDreamer page ni... Huhuhu!

I invited some of my close friends through facebook, sadly some of them did not respond... But why? It's totally that awkward moment when you think that your friends do not really care about you anymore {at least as much as they did before}... Yeah, I understand that a lot of my babes have very limited time for social networking, they'd rather do things for their families especially their kids.  But then again, is 5 - 10 minutes of your time to drop by my world is too much to ask... {tunduk, sedih}... Kalau sudi jemputlah "Like" my page like you like being around me yeah my lovely friends... Sorry I tak pandai bodek, tapi kalau tak sudi pun, still sayang u olz... :')

OK, I gotta go now... Zohor's call! I'll see you again soon... 








Saturday, July 14, 2012

TwiSteD FaiRy TaLeS Part 2

More pics of the Twisted Fairy Tales Night:
If you are bored, tolong buat caption sendiri ye.... ;P

Look at these family pictures.  Sporting betul diorang ni kan... Yang baby pun boleh pakai Snow White dress, siap ada apple lagi kat tepi muka dia.  Alalala tomeinye... 
Yang menang best dress for the night, couple yang pakai Jafar and the Wicked Witch {gambar kanan bawah sekali }... Worth the effort, dengan make up, kuku panjang semua...

Tengok betapa gila-gilanya kami sekeluarga... Yeah when you spend most of the times within 5 days a week together, you are already a family... Yang penting we enjoyed the twisted fairy tales night...

Have a great wekend!

Thursday, July 12, 2012

TwiSteD FaiRy TaLeS

A week before the annual dinner, punyalah perah otak, tak dapat2 jugak macam mana nak dress for the twisted fairy tales night.  It started with taking Mr. Hubby to the costume shop untuk cari inspirations. Finally Mr. Hubby settled down for the Peter Pan Costume, sewa di Costume 'N' Parties, The Weld.  Ada banyak pilihan.

Can check it out at http://www.costumes-n-parties.com/.

So bila the other half dah excited jadi Peter PUN ~ the crazy twin of Peter Pan then saya pun terpaksalah jadi TOinKerBeLL ~ the crazy twin of Tinkerbell.  Found not one but TWO matching green dresses at Nichii and Sg. Weng {dgn muka tak bersalahnya, beli both dresses}.  Orang kata, orang tamak tu selalunya rugi, tapi saya tak tamak. Dengan hasil kreativiti tersendiri, saya pun pakailah kedua-dua baju itew...

I always like to buy dresses which I can wear again and again... All my life belum pernah lagi sewa baju.  Untuk nikah dan kawin pun semua baju sendiri...  Mungkin belum sampai masanya lagi nak menyewa baju...

The moment I went into our annual dinner room, I was so surprised by how majority of them had dressed up. Seriously macam costume party.  Sporting giler diorang ni daripada bapak2, ibuk2 hinggalah ke anak2 kecil dan tak lupa jugak those adorable babies...

So here's how the twisted fairy tales night looked like:

Yeay! Ramai yang recognised these 2 characters. Tapi ade jugak couple of them tertanya-tanya "apakah makhluk2 ini?" Tehehe... Tapi the twisted part was we were NOT the REAL Peter Pan and Tinkerbell but we just dressed up as them as though we were only going for a costume birthday party.  That was why we wore masks and carried a party pack. 

The last time Mr. Hubby pakai contact lense was 4 years ago.  At first dia gigih pakai contact lense tu sendiri walaupun mata dah terkedip2 dan terkebil2... At last, saya ambil, terus pakaikan contact lense untuk dia... Rasa macam tak syok plak Peter Pun Rabun, Eh, it rhymes laaa... Hehehe...

Tak nampak lagi persamaan non-identical twins ni? Berangan laa Ms. Violet Oi... Yang penting Toinkerbell tau tutup urat eh aurat... Hehehe... Initially saya cuma nak pakai flaties macam Tinkerbell tu tapi Mr. Hubby yang insist suruh pakai boots tu. 

Ni masa tengah nak feeling2 fairy tales ~ i can show u the world, shining shimmering splendid... Huhuhu...

Dari kiri atas: The Rocker Fairy, the Muslimah Sleeping Beauty, Ali Baba punya heroine kot {main belasah je, not so sure}, Puteri Gunung Ladang {terbaik dari ladang. ;P}, and Alice in Combat-land.



Dari kiri atas: Robina Hood, Princess Hip Hop Fiona, and the modern Sleeping Beauty.

Yang ini macam independent short film. Mula-mula Snow Black tried to shoot the poor Toinkerbell.  Then Toinkerbell got so upset, dia pun mengamok dan cuba cekik Snow Black yang cuba lari tetapi gambarnya berjaya ditangkap oleh Puteri Gunung Ladang yang sebenarnya seorang Papparazi.  Bila keadaan sudah mula tenang, Toinkerbell terjumpa Pirated DVD Pirate, dan cuba warn him untuk bagi harga yang lebih murah sebab dia nak beli DVD movie Remy Ishak... {oops, terkeluar abg Remy tetiba je} Sekian, TAMAT... Hehehe...

Nantikan Twisted Fairy Tales Part 2 akan datang di kaca skrin anda... Muahahahahaaaa... {evil laugh yg tak berapa nak evil}

Wednesday, July 11, 2012

Family Day at Lexis, Port Dickson

Our company organises a family day event every year untuk semua staff berkenalan dan beramah mesra dengan ahli keluarga masing2.  I would like to think that it is a good idea to build a stronger family spirit among us.  Kalau last year, we had the family day at Kuantan beach, this year, we had it at Lexis, Port Dickson.  

It's my first time staying at the water chalet.  And it so happened that our water chalet was totally depan laut yang terbentang luas.  I was so excited at first tapi unfortunately malam tak boleh tidur langsung sebab dari senja sampailah ke pagi ada bunyi yang sangat menakutkan.  After talking to my colleagues about it, most of them said it was only the huge waves yang bergulung gulung menghempas pantai.  {Cheh mcm novel tak?}. But the sound of it was seriously menggerunkan...  OK from now on, water chalet is NOT in my favourite list anymore after experienced such a creepy night.

Here are some pictures:

I once found looking at the ocean gave me a peace of mind until tsunami serang pantai beberapa kali.  And now, I have mixed feelings looking at the ocean, takut dan sedih pun ada bila mengenangkan bayak nyawa anak2 kecil terkorban kerana tsunami.  Bila tengok laut yang COKLAT, lagilah rasa seram. However, I managed to catch the breathtaking sunset view.  All my life, tak pernah rasa jemu tengok sunset.  Alhamdulillah, inilah salah satu keindahan alam ciptaan Allah...

Telematch games  memang a MUST during Family Day event.  Tapi kali ni, saya tak dapat join those interesting games sebab pening kepala yang amat sangat.  Mungkin sebab cuaca panas giler and also tak boleh tido langsung the night before.  Hurmm daripada nanti pengsan pastu menyusahkan committee baiklah tarik diri awal2 kan...

Tapi bila ada dress-up game guna old newspaper, ape lagi saya pun super excited, lupa sekejap pening kepala tadi. Terus melompat pegi join buat hat, belt etc dengan newspaper.   Yang tu memang can't be missed!

Selain telematch, the sports club organised the annual dinner with the most difficult theme this year.  And the theme was TWISTED FAIRY TALE.  Kalau "Fairy Tale" boleh straight away sewa baju dekat costume shop tapi "TWISTED" part tu... Macam mana ya? Dayyym semua orang giler2 perah otak nak twist the fairy tale characters... Hurm... Can't deny that it's interesting though... Will blog about it next... :) 




Friday, July 6, 2012

Awesome Sisters' Double Wedding

It was my very first experience witnessing 2 pairs of pengantin bersanding atas pelamin.  Dua pasangan pengantin ni ialah dua beradik ~ kakak dan adik yang gorgeous. The wedding was held at Kelab Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan. It has the humble entrance.  But the interior deco of the hall is elegant with  big scalloped curtains and full carpeted floor.

Credit to its chef and caterer yang sangat efficient.  Although it was a come-and-go event with long tables arrangement, the caterer did absolutely a wonderful job.  The table setting was marvelous.  Dah lama tak tengok meja panjang.  Zaman tahun 80-an dulu yang kenduri kahwin guna meja panjang ni.  Yang menariknya, ada feel macam wedding dulu2 yang meriah.

Food was excellent! Dah lama tak makan nasi orang kahwin yang sangat2 sedap.  My hubby tambah nasi tu berpinggan2 sampai lost count . Hahah! Nasib baik cukup for all guests, siap boleh ta pau lagi... Alhamdulillah...

 Theme colour for this double wedding  was purple... Yeay!!! Sesi "mari kita posing!"


 

Selain makanan yang sedap, ada jugak dessert corner.  Kat sini, bolehlah chill dengan cendol, marshmallow, fruits, chocolate fountain dan macam2 lagi.  Sempat jugaklah rasa cendol tapi tak sempat nak grab marshmallow and fruits. Sungguh laris.  Masa nak pegi ambil, tengok2 tinggal chocolate fondue je. Nasib baik tak buat perangai meratah chocolate tu.

Salah satu highlights of the event was deklamasi sajak.  Bagus penyampaian sajak ni, sangat bermakna, penuh dengan nasihat dan pesanan buat kedua pasangan pengantin. Kita yang pengantin antik ni pun boleh menghayati sama. ;)

Yang ditunggu2 mestilah ketibaan kedua pasangan pengantin ni.  The grand entrance of the brides and grooms... Mula-mula 4 flower girls walked 2-by-2, followed by the bridesmaids and pengapit lelaki dan perempuan.  Then barulah nampak kedua-dua pasangan kat belakang sekali. The first thing I saw, eh Teh (kakak) punya wedding dress sama colour with mine... Hehehe... DUSTY PINK. Tapi baju diorang memang gorgeous!


Rajin betul chef ni guided both couples macam mana nak posing masa acara potong wedding cake.

Tadaaa... inilah kedua pasangan mempelai yang diraikan. 


The double wedding was so well organised and everything went smoothly.  Tapi biasalah semua events ada hiccups.  Untuk double wedding ni, cuma ada sikit aje glitch.  Yang mana berlakunya perampasan mic oleh DJ yang tak berapa semenggah with lame jokes. Tapi maybe it's subjective.  Mungkin ada sesetengah guests suka kot his jokes which I didn't find them funny... 

To Teh and Chik,
From this day onwards you will not be alone at any stage, your life partner will be with you in good and bad. May Allah enhances your love and you live a beautiful life.


Wednesday, July 4, 2012

Sutera Hotel, Seremban 2.

Bila dah selesai majlis pernikahan kedua2 adik beradik, tibalah masanya untuk the double wedding that have been planned since early this year... Sebelum nak cover story morning glory about double wedding tu.  Jari jemari ni gatai nak blogging pasal tempat kami bermalam.  Kisahnya, Chik punya majlis pernikahan happened last Friday, the next morning kitorang dah kena berada di dewan, Kompleks Belia dan Sukan Paroi to brief the Emcee and semak balik script dia apa yang patut. 

So hasil dari pencarian di internet, we have finally chose to stay at Sutera Hotel, Seremban 2. Perjalanan dari Sutera Hotel ke Kompleks Belia & Sukan Paroi took us 30 minutes, which was about 13km away.  OK la kan rather than traveling back and forth over a total distance of 400 km.

borrowed.

Sutera Hotel is a 3-star hotel that is very convenient which has strategic location.  Jusco AEON memang betul2 berada di depan hotel ni.  Jalan kaki pun boleh.  Tapi tak sempat pun nak pegi shopping kat Jusco tu. My other half forgot to bring his toothbrush, nasib baik ada 7 Eleven right opposite the hotel.  Kitorang pun singgahlah 7E to buy some tidbits and his toothbrush at midnight lepas majlis nikah Chik. Pastu tol pun sangat dekat, like less than 1km away.

Hotel ni ada ample parking space. Basement parking pun sangat terang-benderang waktu malam so tak adalah rasa dodgy kan.  Walaupun kecik je hotel ni tapi landscape and building design sangat menarik. Most importantly it's clean. Cuma air swimming pool nampak sangat keruh which they did not maintain well.  Hotel ni sangat sesuai untuk those who looks for a short night stay macam kitorang yang stayed hanya 1 malam aje untuk pergi the sisters' wedding reception.


Yang paling best sekali was the view from our room.  Sangat tenang dan nyaman dengan kehijauan pokok2 kat belakang hotel ni.  Bilik memang simple tapi yang penting semua barang2 basic yang kita perlukan ada dalam bilik like Hot shower, TV, kettle, dressing table, comfortable bed, and fridge.  But our fridge didn't work. TV pun ada limited Astro channels je i.e. ESPN, Cinemax, BBC and Chinese channels.

The cost of this hotel is very reasonable, it is only RM120 nett.  As I said earlier in this post, I strongly recommend this place if you need a short stay at Seremban.

For more info: click at suterahotelseremban.com.my.


Tuesday, July 3, 2012

Ijab dan Qabul

Syukur ke hadrat Ilahi, termeterailah ijab dan qabul antara dua pasangan mempelai kedua-dua adik beradik yang cantik rupawan ini... Hari pernikahan Teh (kakak) was on Saturday, 23 June and the next 6 days was Chik's (Adik) solemnisation which was on Friday, 29 June. Kedua-dua gadis ini ialah anak saudara suami saya.  For the past few weekends, kami banyak meluangkan masa untuk berkongsi hari bahagia mereka ini. 

This is only the beginning... A lot of time married couple see things differently but you have to learn and grow together.  

Always remember that differences can add richness, depth, and texture to your marriage, if you embrace them ~ words of wisdom that I borrowed.

Mesti both couples tengah honeymoonie!!! Jangan lupa souvenirs OK... 

Itulah beruntungnya saya bertemu jodoh dengan suami yang mempunyai bilangan keluarga yang besar.  Kalau nak ikutkan, anak saudara saya yang sulung baru belasan tahun, tapi anak saudara suami saya dah ramai yang sudah pun berumahtangga.  Percaya atau tidak, kami dah pun bergelar 'datuk dan nenek sedara'.  Bila berjumpa di kenduri-kendara, yang dah besar panjang, tinggi lampai, jauh lebih tinggi dari saya yang rendang ni panggil saya Aunty... Saya OK jer... Mujur cucu sedara semua masih bayi.. Bila diorang dah besar, nak panggil saya apa? Saya dah beritahu diorang sama ada pangkat saya tetap Aunty, atau panggil saya "Nana R"...  {issh susah betul nak mengaku diri ni NENEK}.  Tehehee...

There was a joke during our discussion at FB page.  Teh punya solemnisation, buat theme Barisan Nasional while Chik's theme was PAS... So biru dan hijaulah ye... Takpelah, kata 1 Malaysia... Peace NOT war! 

Untuk kedua2 pasangan mempelai yang kami kasihi, terimalah lagu ni.  

 Eh, rupa Maher Zain ade macam Elfi, Teh's hubby ke? Hehehe... Irwan mcm siapa pulak?
Sempatlah jugak snapped a few pictures... Enjoy...
TEH'S SOLEMNISATION ~ 23 JUNE 2012
CIK'S SOLEMNISATION ~ 29 JUNE 2012
 
 Soon, I will write about their  double wedding yang awesome possum!

Monday, July 2, 2012

Doa dan Restu seorang bapa...

Semalam, bila tengok pelamin yang tersergam indah di atas pentas bak mahligai, diduduki pula oleh 2 pasangan pengantin yang cantik berseri-seri dan turut diiringi Doa oleh bapa mereka setelah bersalam-salaman tanda restu, tiba-tiba hati jadi sayu. Kelopak mata jadi berat.  Rupanya airmata dah bertakung.  Alamak abislah eyeliner macam Cleopatra kat muka ni, hati berbisik... Spoil la make-up akak ni... Maka tak boleh nak control ayu lagi, menitik2 la jatuh airmata selebat hujan... Then I had to run away from the beautiful wedding, masuk dalam kereta, tarik nafas dalam2... EXHALE... INHALE... EXHALE... Sebelum tu puas suami tercinta memujuk tapi hati tetap sebak, nafas tetap sesak...

gambar hiasan.
Kenapa sedey ye? Mula2 masa dah start sebak, memang terfikir kenapa yang tiba2 nak Emo ni? Sungguh lah tak faham, hari bahagia anak2 saudara En. suami, patutnya kita kena tumpang gembira... Tapi sebak2 la pulak... Bila fikir dalam2 barulah dapat jawapannya... Sebab rasa terkilan sepanjang hayat saya, tak pernah rasa sebenar-benarnya kasih seorang bapa walaupun bapa masih ada terutama masa diraikan sebagai ratu di hari bahagia yang sangat bermakna.  Bila tengok keikhlasan seorang bapa memberi ucapan, mengirimkan doa, memberi restu, tu yang hati jadi betul2 sayu...Sebab saya bukan kayu... Saya ada hati dan perasaan seperti insan2 lain juga. Begitulah sepatutnya kasih seorang bapa.

Apakan daya, bapa sendiri enggan menghadirkan diri di hari perkahwinan saya... Dia cuma hadir sebagai wali untuk menikahkan saya di hari pernikahan saya.  Itupun seolah2 satu kejutan... Mungkin dia segan sebab saya dibesarkan oleh ibu, kakak dan kedua2 abang saya, ibu saudara saya, Arwah Tok dan Arwah Nenek saya.  Walaupun bapa tak ada di sisi, tapi sepatutnya saya bersyukur kan, sebab saya masih boleh hidup dalam suasana aman, cukup semuanya... Alhamdulillah...